Gempar! David Copperfield GAGAL Hilangkan Bangunan Parlimen Malaysia
David Copperfield memang nama yang besar dalam dunia silap mata. Persembahan yang dilakukan di seluruh dunia sememangnya hebat dan memukau. Ada juga beberapa persembahannya dilihat seperti tidak logik dan banyak dikaitkan dengan ilmu mistik dan amalan syaitan.Sebenarnya David Copperfield pernah datang ke Malaysia dan berhajat mahu menghilangkan bangunan parlimen. Namun pihak kerajaan tidak membenarkannya maka usahanya untuk menghilangkan parlimen GAGAL.
David Copperfield telah hadir ke Kuala Lumpur pada 20 Jun 1988 untuk membuat beberapa persembahan. Sebelum itu rakyat Malaysia memang ternanti ketibaan David dan yang menjadi topik perbualan ialah apabila magician ini berjaya membuat ilusi mantap dengan berjalan merentasi Tembok Besar China pada 1986.
Walaubagaimanapun, ketika di Kuala Lumpur David Copperfield cuma membuat persembahan silap mata yang biasa sahaja. Mungkin kerana kecewa, tiada ilusi luar biasa yang menjadi ingatan.
0 comments:
Post a Comment