Searching...

Peminat Tegur Zizan Pakai Seluar Ketat Sangat Sampai Nampak Bonjolan

Peminat Tegur Zizan Pakai Seluar Ketat Sangat Sampai Nampak Bonjolan


Di Akademi Fantasia Zizan telah ditegur seorang peminat yang mengatakan dia memakai seluar ketat sangat sampai nampak bonjol.

Kini memang menjadi trend artis pakai seluar sendat ketat dan ada juga yang pakai senteng. Ini mungkin fesyen terkini.

Ini jawapan Zizan:
Ini memang kelakar, tapi nak buat macam mana benda di luar kawalan saya. Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini.

Ia adalah seluar tajaan dan ukuran sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya. Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu.

Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan.

 Ada yang tegur ketika program itu tapi saya tak marah pun. Nak buat macam mana sebab satu seluar saja yang disediakan. Nak tukar seluar mana pula?

Jadi mahu tak mahu saya cuba lindungi bahagian itu dengan memperbanyakkan gerakan dan lebih lincah supaya tak ketara sangat.




0 comments:

Post a Comment