Flight Attendant MAS Ditahan Kerana Serangan S3ksual Dalam Kapal Terbang
Seorang pramugara yang juga anak kapal MH20 pesawat MAS ditahan kerana serangan s3ksual kepada seorang penumpang Australia di France.
The Cubic Lane melaporkan bahawa seorang wanita Australia yang menaiki pesawat MAS itu, menjadi resah dan amat risau dengan tahap keselamatan pesawat itu, ekoran tragedi malang MH370 dan MH17, kepada pramugara terbabit.
Pramugara tersebut kemudian dilaporkan duduk di sebelah wanita itu, untuk cuba menenagkan wanita terbabit. Dikatakan tindakan itu, kemudiannya didakwa bertukar menjadi serangan s3ksual.
Apabil MH20 tiba di Lapangan Terbang Roissy-Charles de Gaulle di Paris, penumpang warga Australia itu menghubungi polis dan melaporkan kejadian tersebut.
Ini kenyataan MAS:
"Oleh kerana Malaysia Airlines mengharapkan anak kapalnya sentiasa mempamerkan tingkah laku paling terpuji, maka kami memandang serius dakwaan ini.
"Sudah semestinya kami akan membantu pihak berkuasa Perancis dalam menjalankan siasatan mereka. Kami ingin menegaskan bahawa keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami,"
Selepas disoal siasat oleh pihak polis, anak kapal itu mengakui perbuatannya dan telah ditahan.
sumber: awani/metro
Gambar Hiasan |
0 comments:
Post a Comment