Neelofa Mungkir Janji, Gosip Kerabat Raja Ada Betulnya - Hans Isaac
Ini kenyataan dari Hans Isaac yang berkata mungkin kisah yang sedang diperkatakan sekarang iaitu Neelofa akan berkahwin dengan kerabat diraja ada kebenarannya.
berikut komen Hans Isacc kepada mStar dalam satu temubual:
"Bagi saya gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarnya kerana kalau tidak benar bagaimana berita itu boleh keluar?
"Orang istana memang selalu menafikan perkara-perkara begitu dan kalau tidak benar kenapa dia (Neelofa) meminta untuk komen perkara itu selepas dua bulan,"
Sementara itu Hans Isaac juga mendedahkan perangai Neelofa. Hans Isaac berkata Neelofa telah mungkir janji kerana membocorkan rahsia mereka kepada umum dan menjatuhkan maruahnya.
Hans berkata, mereka sudah membuat persetujuan bersama untuk tidak mengumumkan apa-apa tentang hubungan tersebut. Katanya, dia tidak mahu mendedahkan perkara tersebut bagi menjaga reputasinya sebagai ahli perniagaan.
Ini kata Hans Isaac: "Kami bersetuju untuk tidak umum apa-apa tentang perpisahan kerana kami tidak pernah umumkan percintaan pun. Tiba-tiba dia buat pendedahan dan umumkan tentang perpisahan itu.
"Saya seorang ahli perniagaan dan ada tiga syarikat korporat, jadi saya perlu jaga reputasi saya untuk berurusan dengan hal-hal perniagaan. Bila keluar story tentang putus cinta di surat khabar sedikit sebanyak merosakkan nama baik saya.
"Malah ada rakan perniagaan saya yang sering menjadikan saya sebagai bahan ejekan tentang perkara-perkara remeh itu,"
Haih macam-macam la sekarang ni.
0 comments:
Post a Comment